Kalau anda ke Pulau Langkawi dan ingin merasai nikmat menaiki tangga sehingga 4287 anak tangga sila lah pergi ke Gunung Raya...Pendakian yang di anggarkan mengambil masa 2 jam lebih itu sangat mencabar dan memerlukan persediaan fizikal yang cukup kuat kalau tidak separuh jalan pon tak sampai..Didalam pendakian anak tangga tersebut anda pasti kagum melihat keindahan alam di hutan tebal itu,pelbagai bentuk pokok-pokok yang anda akan temui,kalau yang bernasib baik pokok tongkat ali pon leh ditemui..
selamat mendaki
Memulakan langkah mendaki anak tangga
Anak tangga yang ke 620 belum sampai suku
Baru sampai anak tangga ke 1000 iaitu suku pertama anak tangga ni
2230 anak tangga separuh jalan
agak-agak sikit penat tu...nak pengsan dibuat nya..
Apabila sampai di Puncak Gunung terdapat menara yang boleh di naiki dangan
bayaran sebanyak RM10..
Permandangan dari menara Gunung Raya
bergambar kenangan dengan para peserta XPDC mendaki Gunung Raya
No comments:
Post a Comment